Nyai, semalam Nana rasa gelisah. Hati tak senang. Fikiran Nana asyik terganggu.
Hari ini Nana tergamam. Nana tak terkejut sangat. Tangan, kaki dan pipi Nana sejuk. Nana tak takut.
Nana tahu yang Nyai sudah tua. Tapi Nyai kuat. Nana tetap rasa yang Nyai ada bersama Nana.
Kali terakhir Nana jumpa Nyai, Nana paksa papa pergi rumah Nyai lepas balik dari Johor. Itu pon sehari selepas Hari Raya Haji. Nana rasa macam ada yang tak kena.
Hari itu, Nana rasa gembira sekali. Dapat rasa masakan Nyai walaupun ubi kayu rebus dengan gula saja. Itu pon, Nana bersyukur dapat rasa makanan yang disajikan dari tangan Nyai yang halus and lembut.
Nyai, walaupun Nyai dah pergi, Nana tetap rasa macam Nyai masih ada di sisi Nana. Hari ini, Nana akan tabah hati, sedekahkan banyak-banyak surah Al-Fatihah walaupun Nana tak tahu sangat Ayat Kursi atau Yasin.
Nyai, Nana masih ingat lagi macam mana Nyai buai Nana sampai tidur, tepuk-tepuk, sayang-sayang, berbual dan masak-masak sama-sama.
Nyai, dulu Nana ingat kalau satu hari nanti Nyai pergi, Nana akan keseseorangan. Tapi, Allah tunjukkan dan turunkan seorang insan yang seperti Nyai.
Pemuda itu sopan santun, penyanyang, penyabar dan pemaham. Macam Nyai.
Alhamdullilah, bila Nyai berjumpa dengan pemuda itu, Nyai kasi thumbs up! :)
Nana dengan Yusri amat berharap Nyai akan ada disana bila kite naik pelamin, 5 tahun yang akan datang. Tak sempat, tak apa. Nana tahu Nyai setuju, Nyai suka, Nana gembira. Nana tahu Nyai suka dengan Yusri. Alhamdullilah.
Nana berdoa semoga Nyai akan ditempatkan dengan orang-orang yang beriman, tempat orang-orang soleh dan Allah akan beri Nyai kasih sayang dengan sepernuhnya.
Nana tahu, nanti bila Nyai di Syurga, Nyai akan bersatu lagi dengan Yayi dan adik beradik Nyai. Nana akan doakan semoga semua dosa-dosa Nyai diampunkan.
Nyai, Nana rindu Nyai... Sentiasa dalam ingatan Nana. Hari ini, Nana tak akan nangis, okay? Nana tabah, Nana kuat... Seperti Nyai.
Selamat tinggal, Nyai ku yang tersayang, Semi Binte Abdullah.
Nana